Why Choose Us?

owlhm5

Buku mewarna edisi khas ini adalah hasil lukisan tangan 100% *dari kulit ke kulit, tanpa penggunaan sebarang aplikasi komputer* oleh MamaFiza (penulis PTS bagi buku Hidangan Si Cilik, Disember 2010) 🙂

Judul naskah pertama ini adalah unik dan istimewa, hasil cetusan idea daripada majikan kehormat HappyMindz Publishing, Cik Puan Sophie J 😉

Buku mewarna “Sweet Moments” atau “Detik-detik Manis” diterbitkan khas untuk seisi keluarga yang ingin meluangkan masa bermanfaat bersama famili tersayang dengan kaedah yang lebih mesra dan ceria berbanding penggunaan gadget yang berleluasa. Buku ini juga sesuai untuk individu yang gemarkan elemen “hipster” untuk memenuhi citarasa artistik tersendiri.

happymindzcoloringbook2Kulit hadapan buku ^_^

happymindzcoloringbook3Bahagian belakang kulit buku >_<

happymindzcoloringbook1Pemilihan karekter comel yang menerapkan nilai murni dan alami.
Nilai tambah: Terdapat garisan putus-putus di setiap mukasurat buku ini khas untuk memudahkan pihak pembeli bagi memotong bahagian mukasurat yang telah siap diwarnakan untuk dibingkaikan di ruang atau sudut rumah/pejabat atau di masa sahaja.

Pelukis memilih bagi menghasilkan lukisan yang ringkas, berseni tetapi bermakna untuk memastikan setiap individu yang terlibat dalam buku mewarna ini dapat menyiapkan hasil kreativiti mereka dalam masa yang singkat tanpa menjadikan rutin ini sebagai beban, namun adalah menjadi visi pelukis buku ini agar buku ini dapat digunapakai sebagai terapi harian yang dapat mengembalikan keriangan pada wajah individu yang cuba untuk mewarna buku “Sweet Moments” ini, oleh pelbagai golongan tanpa mengira jurang umur  🙂

happymindzcoloringbook4 happymindzcoloringbook5Kualiti saiz kertas A4 yang sesuai untuk mewarna bersama ahli keluarga.

Buku mewarna ini mudah dibawa ke mana sahaja untuk elakkan pembaziran masa. Ibubapa atau penjaga boleh menjalankan aktiviti mewarna bersama anak cilik bagi destinasi jauh mahupun ke sekolah, sewaktu menunggu giliran, berkunjung ke rumah sanak saudara dan taulan, beriadah bersama keluarga atau mengisi masa bersama si cilik ketika menantikan hidangan tiba di restoran.

Idea penggunaan buku ini adalah tanpa had 😀 Ayuh, mari mewarna!